Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah awarded the appointment letter of the 9th Prime Minister of Malaysia to the Vice-President of UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during the Swearing-In Ceremony at Istana Negara, Kuala Lumpur. PIX: Department of Information / 21 August 2021 Motion of Confidence PM
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah awarded the appointment letter of the 9th Prime Minister of Malaysia to the Vice-President of UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during the Swearing-In Ceremony at Istana Negara, Kuala Lumpur. PIX: Department of Information / 21 August 2021 . Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Perdana Menteri ke 9 kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 21 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Jawatan Perdana Menteri yang kini dipikul merupakan satu amanah dan tugas yang perlu dilaksanakan sebaiknya demi negara tercinta, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Parlimen Bera itu turut meluahkan rasa syukur atas per­kenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana melantik­nya sebagai Perdana Menteri kesembilan.

“Patik menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas pelantikan patik sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook miliknya semalam.

Sementara itu, Ismail yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri turut melahirkan penghargaan kepada kesemua Ahli-ahli Parlimen serta ketua-ketua parti politik atas sokongan yang diberikan.

“Terima kasih kepada semua Ahli Dewan Rakyat atas sokongan dan kepercayaan. Insya-Allah saya akan menjalankan tugas ini untuk Malaysia,” katanya.

Semalam, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil pada pukul 2.30 petang.

Beliau kemudian menandatangani surat cara pelantikan sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Turut berangkat pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selain beberapa pemimpin parti termasuk bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muh­yiddin Yassin; Pre­siden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kelmarin, Istana Negara menerusi satu kenyataan kelmarin mengumumkan bahawa Ismail Sabri sah mempunyai majoriti sokongan seramai 114 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.

Pengumuman itu dibuat selepas Majlis Raja-Raja selesai mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara.

Pada Isnin lalu, Muhyiddin dan barisan Kabinet Perikatan Nasional (PN) meletakkan jawatan. – MalaysiaGazette