Penunggang dan pembonceng motosikal terjatuh selepas kejadian samun di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Polis kini sedang giat mengesan dan mengenal pasti identiti lelaki yang dipercayai berbangsa Melayu yang terlibat dalam kes samun ini motosikal di Jalan Kuching pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian samun dan mendatangkan kecederaan yang berlaku di Jalan Kuching menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur

Kejadian berlaku semasa mangsa dan teman wanitanya sedang menunggang motorsikal jenis Y15ZR, warna ungu, dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang.

Secara tiba-tiba, sebuah motorsikal jenis RS150 warna kelabu yang ditunggangi oleh dua lelaki dipercayai berbangsa Melayu telah bertindak menarik tangan mangsa serta melibas kepala mangsa menggunakan mangga rantai motosikal dan terkena di belakang topi keledar mangsa.

Mangsa kemudiannya telah membuat pusingan dan berpatah balik ke Jalan Kuching menghala ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Namun sekali lagi mangsa telah dihimpit oleh motorsikal yang sama dan suspek kemudiannya bertindak menendang motosikal mangsa sehingga menyebabkan ianya hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi jalan.

Setelah mangsa dan teman wanitanya terbaring di atas jalan, salah seorang suspek telah bertindak membawa lari motosikal milik mangsa.

Eng Lai berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Akibat dari kejadian tersebut mangsa mengalami kecederaan melecet di bahagian muka, melecet di tangan sebelah kanan dan kiri, luka 4 jahitan di lengan sebelah kanan, dan luka melecet di lutut kanan dan kiri.

Manakala teman wanita mangsa mengalami kecederaan luka besar di bahu kanan dan kini masih ditahan di hospital Kuala Lumpur kerana tidak sedarkan diri.

Siasatan awal mendapati suspek yang terdiri daripada tiga orang lelaki dipercayai berbangsa Melayu telah melarikan sebuah motosikal milik mangsa jenis Y15ZR berwarna ungu dan nombor pendaftarannya VFU 814.

Menurutnya, kes ini disiasat dib awah Seksyen 394 kanun keseksaan dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.

Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian samun ini atau mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek untuk tampil memberikan kerjasama atau boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206 untuk menyalurkan maklumat. – MalaysiaGazette