Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bercakap kepada media pada Sesi Pengumuman Pemenang Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi (Innovation Development Through Educational Activities) (IDEA) Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (Ilkbs) Secara Atas Talian di Menara KBS, Presint 4, Putrajaya. foto ISKANDAR HAMIDI 23 SEPTEMBER 2020.
KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan , Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bersyukur apabila diberi kepercayaan menyertai Keluarga Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, beliau sedar jawatan baharu sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara merupakan tanggungjawab dan amanah yang wajib ditunaikan barisan Kabinet baharu yang diumumkan hari ini..
“Alhamdulillah, terima kasih kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang telah memberi kepercayaan untuk saya menyumbang khidmat untuk Keluarga Malaysia sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara.
“Saya sedar, di sebalik jawatan yang diberi, ada tanggungjawab dan amanah yang wajib kami tunaikan, khususnya untuk kami di Kementerian Perpaduan Negara di bawah pimpinan Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique.
“Seperti yang diamanatkan juga, barisan kali ini adalah berorientasikan hasil dan akan berusaha keras untuk membuktikannya, bermula dengan 100 hari pertama,” katanya di hantaran Facebook miliknya sebentar tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast