Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sejumlah 91 kes kematian direkodkan di Selangor dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 252 kes korban Covid-19 hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu sebanyak 32 kes adalah kematian sebelum tiba ke hospital (BID).

Sebanyak 46 kes kematian direkodkan di Johor, 26 kes di Kuala Lumpur, 18 kes di Kedah, masing-masing 17 kes di Sabah dan Pulau Pinang, 13 kes di Melaka, tujuh kes di Perak, enam kes di Pahang, lima kes di Sarawak, tiga kes di Negeri Sembilan dan dua kes di Kelantan, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, satu kes kematian direkodkan di Perlis melibatkan warganegara.

Hari ini sejumlah 22,597 kes positif Covid-19 direkodkan dengan kes bagi kategori tiga hingga lima masih rendah iaitu 2 peratus sahaja.

Noor Hisham berkata, sebanyak 4,768 kes dengan 226 adalah kategori 3, 101 kes kategori 4 dan 141 kes kategori 5.

Manakala sebanyak 22,129 kes (97.9 peratus) lagi adalah daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 17,345 kes (76.8 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” kata Noor Hisham lagi.

Daripada 22,597 kes positif Covid-19 itu, 22,585 kes adalah penularan tempatan dengan 18,677 melibatkan warganegara dan 3,908 bukan warganegara.

Kes import pula direkodkan sebanyak 12 kes melibatkan tiga warganegara dan sembilan bukan warganegara.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, Malaysia turut mencatatkan 19,492 kes sembuh sepenuhnya dengan jumlah kumulatif 1,401,160 kes.

Kes aktif pula sebanyak 268,548 dengan 986 daripadanya menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 451 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan 36 lagi kluster baharu Covid-19 yang melibatkan 23 Kluster Tempat Kerja, 12 Kluster Komuniti, dan satu Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi.

Kluster Tempat Kerja melibatkan 1,002 kes positif, Kluster Komuniti 391 kes, dan Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi 57 kes. – MalaysiaGazette