Datuk Seri Ahmad Maslan Deputy Speaker Dewan Rakyat Bersatu rejects
Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan percaya Kabinet baharu yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak ada masa untuk ‘berbulan madu, mahupun bercuti walaupun sehari dalam tempoh 100 hari pertama.

Ini kerana, barisan menteri perlu menyelesaikan Covid-19 dan memperbaiki ekonomi rakyat, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

”Betul agaknya, Tiada masa “berbulan madu”

”Tiada masa untuk bercuti walau sehari, Dalam masa 100 hari pertama,” tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berharap Kabinet yang berpengalaman itu bingkas bangkit untuk melangkah ke depan.

“Moga kabinet pelbagai pengalaman itu bingkas dan bangkit, #DemiNegara dan #KeluargaMalaysia,” katanya. – MalaysiaGazette