KUALA LUMPUR – Sejumlah 61.1% atau 14.297 juta populasi dewasa telah lengkap divaksinasi setakat semalam.

Manakala, sejumlah 19.09 juta orang populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau secara peratusannya sejumlah 81.5%, kata Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam pada itu, Labuan, Lembah Klang dan Sarawak masing-masing merekodkan lebih 80 peratus populasi dewasa lengkap menerima vaksin Covid-19 semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan Labuan mencatatkan 63,750 orang atau 93.1 peratus daripada populasi dewasa lengkap dua dos vaksin.

Lembah Klang pula melibatkan 5.5 juta orang atau 88.7 peratus dan Sarawak 86.4 peratus dengan 1.765 juta penerima. – MalaysiaGazette