passport Singapore Nooryana Najwa Najib Razak new cabinet Ismail Sabri Yaakob
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan telah diberikan notis tunjuk sebab oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu surat yang bertarikh 14 Ogos lalu, Najib memfailkan notis terhadap Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya beliau selaku responden memberikan sebab mengapa tidak boleh dipenjara atau didenda atas alasan menghina mahkamah.

Najib mengemukakan notis itu terhadap Wan Saiful atas pertuduhan menghina mahkamah.

Notis tunjuk sebab Najib terhadap Wan Saiful Wan Jan
Notis tunjuk sebab Najib terhadap Wan Saiful Wan Jan

Surat saman itu tular hari ini diterima pejabat Wan Saiful pada 17 Ogos lalu.

Melalui notis terbabit, Najib memohon perintah Notis Tunjuk Sebab di bawah Aturan 52, Kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dikeluarkan terhadap Wan Saiful.

Notis tunjuk sebab itu difailkan Najib selaku plaintif menerusi firma guaman Tetuan Shafee & Co.

Pada 16 Ogos lalu, Najib berkata akan meminta peguamnya memfailkan saman fitnah serta memohon kepada mahkamah untuk mengambil tindakan terhadap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Wan Saiful Wan Jan kerana menghina mahkamah.

Najib memetik dakwaan Muhyiddin bahawa beliau terpaksa melepaskan jawatan perdana menteri kerana ada yang rakus kuasa mahukan jawatannya.

Najib berkata, Muhyiddin sebaliknya lupa siapa yang bersikap seperti itu dengan sanggup menikam belakang Tun Dr. Mahathir Mohamad dan mengkhianat gabungannya (Bersatu) untuk merampas kuasa selepas parti itu kalah kepada Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Tajung Piai, Johor, pada 2019. – MalaysiaGazette

Najib mahu saman Muhyiddin