Antara wanita warga asing disyaki GRO menawarkan seks berjaya ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah pangsapuri yang baru dua hari dijadikan sarang pelacuran di Sentul.

KUALA LUMPUR – Satu sindiket pelacuran yang baru dua hari beroperasi di pangsapuri Taman Usahawan Kepong di sini berjaya ditumpaskan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, sindiket berkenaan menawarkan perkhidmatan seks wanita warga asing menerusi aplikasi WeChat dengan bayaran sebanyak RM160.

Serbuan diadakan pukul 4.50 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah pangsapuri itu, polis menahan lima wanita warga asing berusia dalam lingkungan 23 tahun hingga 42 tahun disyaki pelayan pelanggan yang menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

“Kita juga menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun yang disyaki pelanggan khidmat pelacur di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Eng Lai, polis kini sedang giat mengesan pemilik premis itu yang menyewakan kediaman berkenaan untuk membantu siasatan polis.

Tambah beliau, polis turut berjaya merampas pelbagai peralatan seperti tuala mandi, minyak urut, kondom dan kad akses.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini hingga Sabtu depan kerana kes masih belum selesai dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast