Pihak forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

JAWI – Lelaki yang terlibat dalam kes rogol, liwat serta bunuh seorang wanita di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi di sini reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Suprintendan Lee Chong Chern berkata, suspek berusia 29 tahun itu direman sehingga 4 September ini bagi membantu siasatan.

Chong Chern.

“Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan hari ini dan dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Kita juga bawa suspek ke lokasi kejadian semula untuk membantu siasatan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Gambar tular menunjukkan suspek keluar dari rumah mangsa menunggang motosikal sempat dirakam orang awam semalam.

Terdahulu, suspek yang baru selepas menjalani hukuman penjara bersabit kesalaha mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan itu dibawa ke lokasi dengan diiringi anggota.

Suspek datang dalam tangan bergari dan memakai baju lokap itu dibawa semula ke lokap pada jam 1.40 tengah hari selepas siasatan selesai di lokasi.

MalaysiaGazette hari ini melaporkan Polis Pulau Pinang berjaya menyelesaikan satu kes rogol, liwat dan bunuh seorang wanita dalam tempoh kurang tiga jam.

The victim was brought to the Seberang Jaya Hospital for post-mortem
The victim was brought to the Seberang Jaya Hospital for post-mortem. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat.

Pembunuhan itu terbongkar selepas orang awam serta jiran mangsa melihat seorang lelaki mencurigakan di halaman kediaman dua tingkat mangsa di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi di sini, semalam.

Mayat kerani itu ditemui di bawah katil dalam keadaan tidak berbaju selepas pihak keluarga meminta bantuan polis membuat pemeriksaan di kediaman tersebut susulan tiada kelibat mangsa.

Susulan itu, pihak polis berjaya menahan suspek yang bersembunyi kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mayat mangsa rogol, liwat ditemui bawah katil