Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Marzuki Yahya

RAWANG – Barisan Kabinet baharu yang dibentuk di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebahagian besar masih mengekalkan muka lama dianggap gagal merubah persepsi rakyat terhadap kerajaan.

Menurut Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Marzuki Yahya, pelantikan barisan Kabinet baharu itu juga dilihat tidak mampu membawa negara untuk keluar dari cengkaman pandemik Covid-19 yang semakin meruncing.

“Ini merupakan satu kekecewaan terutama bagi kita yang melihat kepada polemik politik negara yang mana pelantikan ini bukanlah suatu pelantikan yang dapat merubah situasi negara yang semakin meruncing dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Dalam masa sama juga tidak dapat merubah persepsi, yang mana dilihat sebagai sebuah kerajaan yang gagal dan orang yang gagal juga yang telah dilantik untuk menyertai Kabinet dengan pasukan yang sama, cuma dengan satu slogan baharu iaitu Keluarga Malaysia.

“Bagi saya ini bukanlah satu slogan Keluarga Malaysia tetapi saya rasa dengan pelantikan sebegini ia adalah slogan ‘Keluarga 114’ itu sahaja yang paling penting iaitu jawatan dan keutamaan kedudukan, bukannya soal rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai barisan Kabinet baharu yang sebahagian besarnya masih mengekalkan muka lama seperti kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu Marzuki merasmikan program penyerahan Jalur Gemilang bersempena Hari Kebangsaan Malaysia 2021 bagi Parlimen Selayang di Bandar Country Homes di sini hari ini.

Pada program tersebut, beliau turut mengedarkan baucer isi minyak percuma kepada penunggang motosikal dan penghantar makanan serta melancarkan misi bantuan kemanusiaan bagi mangsa-mangsa tragedi kepala air yang berlaku di Gunung Jerai, Kedah.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai ahli Jemaah Menteri berserta Timbalan-Timbalan Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Semua barisan menteri yang dilantik akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 2.30 petang, hari ini di Istana Negara. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. buatlah pendedahan atau komplen besar pada YDPA sembah DERHAKA….KABINET yang diperkenankan ialah kabinet 114/kabinet 69/tayar celup dan kitar semula….Berani KE pembangkang MESTIlah berani jika Ordinan Darurat DICABAR di mahkamah…Belanajwan 2020 hendak ditolak demo HARAM masa covid konon hak mp utk masuk parlimen

    calon KITAR SEMULA PM ANWAR dan sokongan majoriti KITAR menyakinkan sila SEMBAH DERHAKA
    oops kami P unah H araPAN yang terus Punahhh TIDAK akan mempersulitkan Ismail JAMINAN.

  2. Askarr komunis yang dibiayai oleh Tanah Besar Komunis Cina sehingga 1989 pun termasuk Keluarga Malaysia sebab dapat kerakyatan negara kecil sekangkang kera ini.

Comments are closed.