Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad (tengah) bergambar bersama tetamu terhormat yang turut hadir pada Pelancaran Jualan Makmur Johor (JMJ) di bangunan Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor melancarkan program Jualan Makmur Johor (JMJ) yang menawarkan pelbagai barangan keperluan dengan harga berpatutan mulai hari ini.

Ia ditawarkan menerusi platfrom dalam talian Shopee.my sehingga November depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr Chong Fat Full berkata, program JMJ itu bertujuan membantu golongan B40 dan M40 yang sangat terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Sebanyak  RM500,000  diperuntukkan  oleh  Kerajaan  Negeri  Johor  menerusi program  ini  dan  bakal  menawarkan  pembelian  barangan  keperluan  dengan potongan  harga  sebanyak  RM20  bagi  setiap  minimum  RM40  pembelian  dalam Shopee  di  bawah  baucar Jualan  Makmur  Johor.

“JMJ adalah inisiatif kerajaan negeri dengan kerjasama Shopee dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor dan mampu memberi manfaat kepada 25,000 pengguna yang menetap di negeri ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad melancarkan program JMJ di Pejabat Menteri Besar Johor di sini hari ini.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Salehudin Hassan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Datuk Dr Badrul Hisham Kassim, Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro dan Ketua Dasar Awam dan Hal Ehwal Kerajaan, Shopee Malaysia, Leeroy Ting Kah Sing.

Fat Full berkata, pautan JMJ boleh didapati dalam aplikasi Shoppeedan pelbagai barangan keperluan daripada pelbagai vendor disediakan mengikut pilihan pengguna.

JMJ dikhaskan bukan sahaja kepada rakyat Johor malah kepada seluruh warga Malaysia yang beralamat di negeri itu, katanya.

“Shopee turut menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negeri Johor,” katanya.

Orang  ramai  boleh  mendapatkan  maklumat  lanjut  tentang  program  berkenaan dengan  melayari    lama n  web  https://shop Habis. ee.com.my/m/jmj. Makmur  Johor.-MalaysiaGazette