Beberapa orang sedang berjalan di dalam hujan dan angin kencang selepas Taufan Ida mendarat di Louisiana. foto Reuters

LOUSIANA – Bandar New Orleans di Amerika Syarikat mengalami keputusan bekalan elektrik selepas dilanda Taufan Ida.

Kini hanya generator yang berfungsi.

Ribut yang melanda kawasan itu membawa angin selaju 240km/j ketika mendarat.

Penduduk yang tidak sempat berada di pusat pemindahan diminta untuk berlindung di kawasan masing-masing.

Taufan ini akan menguji pertahanan banjir di bandar, yang mana sistemnya telah dipertingkatkan setelah Taufan Katrina membunuh 1,800 orang pada tahun 2005.

Presiden Joe Biden mengatakan Taufan Ida akan “mengancam nyawa”, dengan kehancuran besar kemungkinan di kawasan luar pesisir.

Lebih dari 750,000 rumah di Louisiana tidak mempunyai bekalan elektrik.

Menurut Biden proses pemulihan bekalan elektrik mengambil masa beberapa minggu.

Taufan Ida mendarat pada hari Ahad di selatan New Orleans sebagai taufan kategori empat – yang akan menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan, pokok dan saluran elektrik.

Namun ia telah menurun kepada kategori tiga.

Di beberapa tempat, gelombang ribut setinggi 4.8 meter berpotensi menenggelamkan bahagian-bahagian garis pantai yang dalam kedudukan rendah. – BBC