Anggota perkhidmatan AS membantu di Pusat Pemeriksaan Berlepas (ECC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai, Kabul, Afghanistan. foto Reuters

KABUL – Percubaan pengganas IS untuk melancarkan serangan nekad ke atas orang awam dan tentera Amerika Syarikat di Kabul berjaya ditumpaskan.

Kejadian berlaku beberapa jam selepas Presiden Joe Biden memberi amaran kemungkinan besar berlaku berulangnya serangan pengganas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai.

Menurut laporan, tentera Amerika Syarikat telah menyerang kenderaan yang mencurigakan dan pemeriksaan mendapati ia membawa jumlah bahan letupan yang banyak.

Dalam kenyataannya, jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid mengesahkan kejadian dan mendakwa kenderaan yang sarat dengan bahan letupun berjaya dipatahkan ketika menghala ke lapangan terbang.

Manakala satu lagi rancangan kedua juga tumpas tidak jauh dari tempat yang sama.

Bagaimanapun tiada butiran terperinci diberikan berhubung kejadian berkenaan.

Setakat ini tiada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab.

Mengikut tempoh yang ditetapkan, proses pemindahan warga Barat dan Amerika Syarikat dari negara itu akan berakhir esok. – RT News