Datuk Dr Siddiq Fadzil

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Dr Siddiq Fadzil telah meninggal dunia hari ini.

Beliau yang berusia 74 tahun meninggal dunia pukul 6. 32 petang tadi.

Sebelum itu, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital dan dibantu dengan alat pernafasan.

Siddiq adalah Presiden Kolej Dar al-Hikmah (KDH) yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beberapa pemimpin politik turut memuatnaik ucapan takziah termasuk Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.- MalaysiaGazette