Pencemaran air di Sungai Semenyih menyebabkan henti tugas di LRA Sungai Semenyih. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Air Selangor terpaksa menghentikan sepenuhnya tugas Loji Rawatan Sungai Semenyih, berikutan insiden pencemaran air mentah di Muka Sauk Jenderam Hilir.

Menurut kenyataan, Air Selangor akan memaklumkan senarai kawasan gangguan kepada penggunanya dari semasa ke semasa menerusi medium komunikasi rasminya iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor serta laman sesawang www.airselangor.com.

Kata kenyataan itu, sehingga jam 1.30 tengah hari ini, belum ada perkembangan terbaharu dimaklumkan berhubung kawasan yang terjejas serta tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Setakat ini, kawasan yang dikatakan terlibat ialah Putrajaya, Cyberjaya, Sepang, Puchong, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat, Kuala Langat dan sekitarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast