Zabihullah Mujahid. foto Reuters

KABUL – Taliban menyambut baik pengunduran Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan tidak lama setelah Komando Pusat AS mengumumkan pengunduran tentera negara itu telah selesai, kata seorang jurucakap Taliban pada awal Selasa.

Tentera AS terakhir telah keluar dari lapangan terbang Kabul pada tengah malam Isnin, kata jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid di laman media sosial twitter.

“Dengan ini, negara kita bebas dan bebas,” katanya.

Penerbangan membawa keluar rakyat AS terakhir dilakukan pada jam terakhir pada malam Isnin 30 Ogos, dengan mengangkut anggota tentera dan bukan tentera AS sebelum 31 Ogos, seperti yang ditetapkan oleh Presiden Joe Biden.

Sejurus kenyataan yang dibuat oleh Mujahid di laman media sosial sekitar pukul 1 pagi Selasa waktu tempatan, anggota Taliban melepaskan tembakan bagi meraikan pembebasan Kabul dari kuasa asing.

Tembakan yang berlangsung selama kira-kira satu jam, menyebabkan kepanikan penduduk Kabul.

Berikutan tembakan itu, Mujahid menerusi Twitter berkata: “Tembakan yang didengarkan di Kabul adalah tembakan perayaan, penduduk Kabul tidak perlu khuatir”.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi berhubung pengunduran AS. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast