Foto Instagram Eina Azman.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Datin Paduka Eina Azman memberitahu suaminya, Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah mengalami penurunan oksigen sehingga terpaksa menggunakan bantuan pernafasan akibat jangkitan Covid-19.

Wanita dua anak itu turut memohon netizen menitipkan doa buat suaminya yang masih berada di hospital agar diberikan kesembuhan.

“Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala.

“Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus Covid-19.

“Sebab oksigen suami saya semakin menurun hingga perlu memakai bantuan oksigen,” kongsinya di Instagram.

Sementara itu, Eina, 26, turut memberikan semangat buat suaminya agar kekal kuat untuk melawan penyakit tersebut.

“Sayang, saya tahu awak kuat. Awak perlu cepat sihat. Saya sayang awak, kami tunggu di rumah,” katanya.

Kelmarin, Eina memaklumkan dia, suami serta dua orang pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast