Olexander Nechytaylo.

KUALA LUMPUR – Duta besar Ukraine di Malaysia, Olexander Nechytaylo percaya jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli tetap juara di hati setiap orang.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, beliau mengucapkan tahniah kepada atlet berusia 31 tahun itu.

Beliau juga kagum atas prestasi luar biasa yang ditunjukkan Muhammad Ziyad sehingga berjaya memecahkan rekod dunia bagi kategor F20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

“Ziyad akan kekal sebagai juara sejati di hati setiap orang, bahkan bukan hanya pada rakyat Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, kejayaan Ziyad meraih emas dan memecahkan rekod dunia, kelmarin dibatalkan susulan protes yang dilakukan kem Ukraine.

Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Gangsa dimiliki atlet dari Greece, Efstratios Nikolaidis yang melakukan catatan 15.93m.

Mengulas mengenai insiden yang timbul itu, Nechytaylo berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera dan telus.

Dalam pada itu, serangan netizen susulan insiden yang berlaku itu menyebabkan pejabat kedutaan Ukraine di sini menutup sementara laman Facebook rasminya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast