5,738 new Covid-19 cases have been recorded today and shifted the cumulative Covid-19 tally to 678,764 cases Covid-19 deaths Rt value
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) di Malaysia secara keseluruhan mencatat bacaan kurang dari 1.0 bagi tempoh dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, nilai itu diharap akan terus menunjukkan penurunan.

“Ini adalah petanda positif kerana meskipun lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka kebelakangan ini, keadaan kelihatan terkawal dan menunjukkan ia bertambah baik secara perlahan.

“Situasi Covid-19 dalam negara diharap terus berkembang baik setara dengan peningkatan kadar vaksinasi di samping pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan amalan norma baharu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 34 kluster baharu Covid-19, dengan 20 daripadanya membabitkan tempat kerja.

Tambahnya, lapan lagi adalah kluster komuniti, empat membabitkan kumpulan berisiko tinggi serta masing-masing satu berkaitan pusat tahanan dan aktiviti keagamaan.

Jelas beliau, kluster itu dikesan di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur.

Katanya lagi, sebanyak 4,838 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,476 daripadanya kluster aktif dan 3,362 kluster lagi sudah tamat.

Berikut adalah perincian kluster-kluster:

*Kluster Industri Permas Barat (Johor Bahru) dengan 131 kes.
*Kluster Tapak Bina Lebuh Kota Iskandar (Johor Bahru) dengan 92 kes.
*Kluster Jalan Tembaga Ulu Pulai (Pontian) dengan 57 kes.
*Kluster Jalan Kulai Kota Tinggi (Kulai) dengan 21 kes.
*Kluster Jalan Sri Sulong Empat (Batu Pahat) dengan 11 kes.
*Kluster Jalan Padang Lalang Tangkak (Tangkak) dengan 11 kes.
*Kluster Industri Desa Tropika Satu (Johor Bahru) dengan 10 kes.
*Kluster Kuala Gris (Kuala Krai) dengan 29 kes.
*Kluster Jalan Maju Kota Bharu (Kota Bharu) dengan 15 kes.
*Kluster Kampung Limau Manis (Kota Bharu dan Bachok) dengan 11 kes.
*Kluster Industri Batu Dua (Tampin) dengan 26 kes.
*Kluster Industri Batu Tiga (Raub) dengan 19 kes.
*Kluster Jalan Bandar Intan (Hilir Perak) dengan 18 kes.
*Kluster Tapak Bina Tanjong Pinang (Timur Laut) dengan 85 kes. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast