Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Gempa bumi lemah berukuran 3.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Kundasang pada 6.20 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memberitahu gempa bumi itu berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur di Kundasang.

“Gempa bumi itu dikesan 12 kilometer barat laut dari Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah setakat ini tidak menerima apa-apa laporan kejadian tidak diingini akibat gempa bumi lemah itu.

Khamis lepas, satu gempa bumi lemah berukuran 3.2 skala Richter turut dikesan berlaku di Semporna.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast