Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 67.4 peratus atau 15,772,760 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, 36,141,604 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

Menurut JKJAV, 20,401,824 individu di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 300,501 dos dengan 134,559 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos manakala 165,942 adalah dos lengkap.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast