Sebanyak 8,084 kes positif harian baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 20,396 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut di negara ini kini sebanyak 1,844,835 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, Selangor masih lagi mencatatkam bilangan kes tertinggi dengan 3,886 hari ini berbanding 3,775 kes semalam.

Diikuti Sarawak 3,747 yang meningkat hari ini berbanding 2,723 semalam manakala  Johor juga naik kepada 2,165 berbanding 2,077 semalam.

Sabah (2,136), Pulau Pinang (1,961), Kedah (1,587), Kelantan (1,078) dan Perak (1,057).

Manakala, negeri-negeri yang mencatatkan bilangan kes di bawah 1,000 adalah Terengganu (861), Kuala Lumpur (597), Pahang (486), Melaka (459), Negeri Sembilan (269), Perlis (78), Putrajaya (25) dan Labuan (4). – MalaysiaGazette