Gambar hiasan. foto Reuters

MELBOURNE – Seorang peluncur maut selepas digigit oleh seekor jerung di pantai timur Australia, kata paramedik.

Kejadian itu berlaku di Pantai Emerald, sekitar 550 km (342 batu) utara Sydney.

“Walaupun orang ramai, paramedik dan perkhidmatan kecemasan lain berusaha menyelamatkannya,, namun mangsa meninggal di tempat kejadian,” kata Ambulans New South Wales menerusi Twitternya.

Pantai yang terletak di sekitar 20 km (12 batu) utara Pelabuhan Coffs ditutup selepas kejadian itu, kata pegawai Penyelamat Pelabuhan Coffs Harbour.

Mangsa yang dipercayai berusia akhir 20-an telah digigit di lengan. – Reuters