Foto BBC.

PARIS – Penyandang gelaran Piala Dunia, Perancis terus buntu mencapai kemenangan selepas seri 1-1 di Ukraine sekali gus berdepan masalah dalam usaha layak ke pusingan akhir 2022 di Qatar, lapor BBC.

Perancis seri buat kali kelima berturut-turut hasil jaringan Anthony Martial meledak jaringan antarabangsa pertamanya dalam tempoh lima tahun bagi memberikan satu mata buat skuad kendalian Didier Deschamps di Kiev.

Penyerang Manchester United itu yang tidak menyertai Euro 2020 kerana kecederaan lutut, menyamakan kedudukan selepas gol menakjubkan pada babak pertama oleh pemain tengah Ukraine, Mykola Shaparenko.

Les Bleus kekal empat mata dalam Kumpulan D tetapi bermain lebih dua perlawanan berbanding Finland yang akan bertemu mereka di Lyon Selasa ini.

Sementara itu, Memphis Depay mengetuai Belanda menang 4-0 mengatasi Montenegro di Eindhoven yang membawa skuad kendalian Louis van Gaal di belakang pendahulu Kumpulan G, Turki yang menang 3-0 di Gibraltar.

Keputusan:

Kumpulan A

Serbia 4  Luxembourg 1

Ireland 1  Azerbaijan 1

Kumpulan D

Ukraine 1  Perancis 1

Kumpulan F

Faroe Islands 0 Denmark 1

Israel 5  Austria 2

Scotland 1  Moldova 0

Kumpulan G

Latvia 0 Norway 2

Belanda 4  Montenegro 0

Gibraltar 0 Turki 3

Kumpulan H

Cyprus 0 Russia 2

Slovenia 1  Malta 0

Slovakia 0 Croatia 1

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast