Ketua Menteri Melaka yang baharu dijangka mengangkat sumpah jawatan selewat-lewatnya esok, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari.
Adly Zahari.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi mengisi kekosongan selepas Datuk Husam Musa meletakkan jawatan pada September tahun lepas.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata pelantikan Adly yang juga Pengerusi Amanah Melaka itu selaras aspirasi parti menampilkan lebih ramai pemimpin pelapis untuk menerajui kepimpinan parti dan negara di masa hadapan.

“Kami yakin pelantikan ini akan mengukuhkan lagi imej Parti Amanah Negara sebagai parti yang membawa mesej ‘Rahmatan lil aalamin’ dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Amanah turut melantik Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim sebagai Bendahari Agung parti menggantikan Adly.

Adly, 50, sebelum ini pernah menyandang jawatan Ketua Menteri Melaka bermula 11 Mei 2018 sehingga 2 Mac 2020 setelah Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Ketika dalam parti PAS beliau pernah memegang beberapa jawatan termasuk Pesuruhjaya PAS Melaka, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pada September tahun lalu Husam meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Amanah namun kekal sebagai ahli parti itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast