Azhar Azizan Harun Azalina Othman Said Dewan Rakyat Speaker Parliament
FILE PIX: Speaker of Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun and his deputies Datuk Mohd Rashid Hasnon (left) and Datuk Seri Azalina Othman Said (right) at the Parliament in Kuala Lumpur. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette /13 JULY 2020.

PETALING JAYA – Bersatu tidak merestui Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Speaker Dewan Rakyat dan menegaskan satu-satunya calon mereka adalah Datuk Azhar Azizan Harun.

Seorang pemimpin Bersatu yang juga menteri Kabinet memberitahu Sinchew Daily, partinya tidak mempunyai calon alternatif, tetapi akan terus mencalonkan Azhar.

Beliau berkata, keputusan unilateral tidak harus wujud dalam kerajaan baharu.

“Perbincangan harus dijalankan dengan semua parti dan tidak harus membuat keputusan secara unilateral,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa UMNO mahu mencalonkan Azalina sebagai Speaker Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Pengerang itu tidak dilantik sebagai menteri.

Menurut laporan daripada satu portal berita, UMNO mahu jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat diberi kepada parti itu kerana berpandangan Azhar merupakan “orang Bersatu” .

Sekiranya UMNO mahu mencalonkan orang parti, Azalina dilihat sebagai calon paling sesuai untuk jawatan Speaker Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.