Salahuddin Ayub

JOHOR BAHRU – Taktik permainan nombor untuk menjatuhkan kerajaan baik peringkat pusat atau negeri perlu dihentikan.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub juga menggesa agar  semua pihak berhenti menjadikan wakil-wakil rakyat sebagai ‘pelacur’ yang mampu dijual dan dibeli.

“Kita ahli politik adalah pembuat dasar penting negara, kita bukan ‘pelacur’ politik. Ini penting bagi kemakmuran politik dapat dicapai dalam tempoh terdekat untuk mendepani rakyat yang terjejas serta negara yang masih belum menang melawan  Covid-19.

“Asas ini perlu bagi saya kerana ia dapat memperkukuhkan politik kita dan tidak akan ada lagi permainan nombor atau games of numbers lagi,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram (AMANAH) pada sesi perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14 di sini hari ini.

Salahudin yang juga Ahli Parlimen Pulai berpandangan semua pihak termasuk kerajaan bersetuju mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Lompat Parti bagi menghentikan terus ‘permainan nombor’ yang menggugat kestabilan politik negara.

Katanya, RUU harus dibawa ke Parlimen supaya kelak pentas politik  tidak menjadi gelanggang menjual kerusi, maruah dan harga diri.

Sementara itu, Salahuddin berkata, semua ahli politik juga seharusnya memberi tumpuan kepada rakyat yang masih terbeban dengan pandemik.

“Saya mencadangkan dalam cadangan Pakatan Harapan (PH) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, supaya peruntukkn sebanyak RM45 billion secara tunai dislaurkan untuk memerangi Covid-19.

“Ia termasuk dengan vaksinasi. Yang keduanya adalah peruntukan RM10 billion lagi untuk bantu golongan yang kehilangan pekerjaan termasuk kumpulan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan juga moratorium tiga bulan tanpa faedah kepada mereka yang terjejas,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. puak P unah H araPAN yang diketuai ANWARFIKUN yang disokong dan didewakan sekutunya dari amNANAH DAPIGS dn P arti K hianat Reformasi yang GILA MAIN NOMBOR2 EKOR majoriti serta nombor RM JUTA-JUTA……SALAH UDIN seperti MELUDAH KE LANGIT…nombor2 inilah yang diLACURKAN OLEH anwar MUNAFIK DIKITAR SEMULA dan diangguk2 oleh pemimpin penyokong sendiri

  2. puak ph yang selalu mencanang cukup kerusi.. nuar brahim kepalanya. sallehudin ni pun balaci ph juga. so semua dalam ph cakap tak serupa bikin

Comments are closed.