Lebih 36 juta penduduk Malaysia sidah menerima vaksin sehingga semalam.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 36,431,562 dos vaksin telah diberikan kepada penerima untuk dos satu dan dua sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, 87.8 peratus penerima adalah individu dewasa yang sudah divaksinasi satu dos dan 68 peratus lengkap dua dos vaksinasi Covid-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi akaun Twitter @JKJAVMY memberitahu, sebanyak 289,958 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 136,177 dos pertama dan 153,841 dos kedua.

Johor merekodkan pemberian vaksinasi tertinggi iaitu 32,560 dos pertama dan 24,524 dos kedua, diikuti Perak 18,073 / 7,079, Kedah 16,979 / 6,732, Pahang 14,673 / 2,484 dan Kelantan 12,544 / 8,369.

Sabah 11,737 dos pertama, 24,549 dos kedua, manakala Pulau Pinang 7,173 / 10,862, Melaka 5,659 / 2,183, Selangor 5,312 / 25,947, Kuala Lumpur 4,242 / 19,172, Terengganu 4,226 / 16,060, Perlis 1,182 / 1,186, Sarawak, 943 / 1,422, Negeri Sembilan 812 / 3,264, Putrajaya (1/0) dan Labuan (1/8). – MalaysiaGazette