Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melanjutkan penutupan cawangannya di Sandakan sehingga 10 September ini.

LHDNM menerusi kenyataan memaklumkan, pelanjutan itu adalah bagi memberi laluan terhadap kerja-kerja sanitasi dan pejabat cawangan itu dijangka beroperasi semula pada 13 September.

“Oleh yang demikian, semua janji temu pelanggan yang telah diluluskan melalui sistem e-Janji Temu adalah dibatalkan dan pelanggan perlu membuat permohonan janji temu
baharu selepas pejabat dibuka semula,” katanya.

Pelanggan-pelanggan juga turut dinasihatkan supaya membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDNM yang ditutup sementara terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Semakan boleh dibuat menerusi laman rasmi Facebook LHDNM diĀ https://www.facebook.com/LHDNM atau melalui pautan http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf.
MalaysiaGazette