Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lima lagi lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 8 hingga 21 September ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, ia melibatkan dua lokaliti di Kota Belud, Sabah dan masing-masing satu di Ranau dan Kudat.

Manakala, satu lagi kawasan yang turut dikenakan PKPD mengikut tarikh yang sama iaitu Lipis, Pahang.

“Keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rodzi, PKPD yang sepatutnya ditamatkan esok di Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau dan Taman Limauan, Kinarut, Sabah dilanjutkan hingga 21 September.

Bagaimanapun, beberapa kawasan di negeri-negeri yang dikenakan PKPD ditamatkan hari ini dan esok.

Berikut merupakan kawasan penamatan PKPD:-

* Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang.
* 22 lokaliti Perkampungan Orang Asli dalam Daerah Batang Padang, Perak membabitkan Kg Senta, Kg Chang, Kg Sanding, Kg Orang Asli Menderang, Kg Orang Asli Batu 6, Kg Orang Asli Batu 14, Kg Orang Asli Batu 16, Kg Orang Asli Batu 17, Kg Orang Asli Batu 18, Kg Orang Asli Batu 19, Kg Kenderong, Kg Sg Rensa, Kg Sg Chendon, Kg Sg Odak, Kg Ampangan, Kg Pos Woh, Kg Orang Asli Batu 7 dan 7 1/2, Kg Sg Bot Dalam, Kg Sg Bot Luar, Kg Sg Tidong, Kg Lubuk Gaharu dan Kg Woh Intake.
* Kampung Kota Tuaran, Sabah.
* Taman Kinarut Ria, Papar, Sabah.
* Empat lokaliti di Penampang, Sabah, membabitkan Delta Height, Kampung Sindanan, Rainfield Garden dan Maju Kota Light Industry, Jalan Lama Penampang.
* Kampung Mondikot, Papar, Sabah.
* Ladang Mawang, Kalabakan, Sabah.
* Kem Sawmill (Kilang Papan) Mengawam Sri Arjuna, Sipitang, Sabah.
* Tiga lokaliti di Tawau, Sabah melibatkan Taman Ranggu Saujana, Kampung Sungai Tamang Pulau Sebatik dan Kampung Tanjung Batu Laut, Logpon.
* Tiga lokaliti di Kinabatangan, Sabah membabitkan Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis dan Ladang Sungai Pin.
* Dua lokaliti di Lahad Datu, Sabah iaitu Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Pertama Satu.
Kampung Manggaris 2, Kota Marudu, Sabah tamat bermula 6 September.- MalaysiaGazette