Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari diberitahu segala pertuduhan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya satu bentuk ‘penindasan’ berlebihan.

Kes bekas Timbalan Perdana Menteri itu sepatutnya digugurkan, kata peguambela, Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Menurutnya, Ahmad Zahid sepatutnya menerima imuniti dalam kes yang dihadapinya kerana mendedahkan semua maklumat berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Dakwa Hisyam Teh, pendakwaan sebenarnya tidak bersikap adil dengan pendakwaan sehingga 47 pertuduhan terhadap anak guamnya itu.

Beliau berkata demikian dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah pada hujahan akhir melibatkan pertuduhan pecah amanah, rasuah dan juga penggubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

“Sekiranya berpandukan kepada tuduhan rasuah dan Akta Pencegahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001, sepatutnya anak guam saya tidak perlu diadili.

“Pendakwaan juga melakukan ketidak adilan prosedur dan melanggar Seksyen 51A (1) ( c ) Kanun Tatacara Jenayah.

“Malah pendakwaan sebenarnya boleh jumpa pelbagai bukti yang memihak kepada tertuduh, jika hendak diberikan contoh memang banyak. Antaranya, sebanyak 31 cek dengan caj pengubahan wang haram adalah dicop.

“Ianya tidak tidak ditandatangani secara peribadi oleh tertuduh. Juga penderma yang telah memberikan sumbangan dan telah mendedahkan ianya untuk tujuan amal serta keagamaan,” katanya.

Menurutnya, maklumat didedahkan oleh tertuduh memberikan kekebalan kepada tertuduh dari pendakwaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah sub-seksyen 30 (7) Akta SPRM.

Hisyam Teh juga memberitahu sepatutnya Ahmad Zahid diberikan iminuti kerana telah memberikan kerjasama penuh sejak awal penyiasatan dengan mendedahkan semua maklumat transaksi Yayasan miliknya sendiri.

Sebaliknya dakwanya, hakikatnya hak itu cuba dinafikan pasukan pendakwaan terhadap Ahmad Zahid selama ini.

“Anak guam saya telah diadili secara berlebihan sedangkan tiada keperluan bertindak sedemikian. Tidak ada bukti prima facie, apalagi bukti yang banyak seperti yang dihujahkan.

“Atas semua faktor-faktor yang telah saya hujahkan sepatutnya semua pertuduhan ini perlulah digugurkan,” tegasnya.

Prosiding akan bersambung esok pagi.

Ketika ini, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk  berhadapan dengan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. sudah terang lagi bersuluh….MP2 VIP2 yang dalam dakwaan boleh bebas kesana kemari bersidang…jika rakyat biasa pasti BERGARI berbaju LOKAP DAN DILOKAP wpun belum pasti BERSALAH….kluster mahkamah?????

  2. Masa. PH berkuasa bila Tommy Tomato bermahrajela ada ko org bersuara. Ada ko org bersuara. Hampeh..!

  3. Muhyidin yang sepatitnha di panggil untuk didakwa atas salahguna kusaa dan asuah politik.

Comments are closed.