Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jangkitan Covid-19 terus bertambah dengan 18,547 kes dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Berkongsi data di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kini 1,880,734 kes.

Sarawak menjadi negeri yang mencatatkan jumlah tertinggi dengan 3,200 kes direkodkan hari ini.

Ia diikuti Selangor (2,407), Johor (2,174), Sabah (2,107), Pulau Pinang (1,776), Kedah (1,487), Kelantan (1,458) dan Perak (1,197).

Manakala negeri yang mencatatkan jumlah kes di 1,000 iaitu, Pahang (742), Terengganu (645), Melaka (448), Negeri Sembilan (229), Putrajaya (22), Perlis (20) dan Labuan (4). – MalaysiaGazette