Mahu menghukum pelajar yang didakwa melanggar peraturan asrama dipercayai menjadi motif dalam kes kematian pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah Jumaat lalu.
Memetik Harian Metro, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, perkara itu dikenal pasti hasil siasatan awal yang dijalankan pihaknya berhubung kematian pelajar berkenaan.















