Foto Instagram Fazura.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Fazura berkongsi momen terindah apabila menerima hadiah istimewa daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, ibu kepada Nur Fatima Aisya menunjukkan hadiah berkenaan yang berupa syiling emas dan beberapa naskah buku agama.

“Wow… junjung kasih Tuanku. Faz akan simpan Gold Coins ni untuk Fatima.

“MasyaAllah… dapat buku-buku yang sangat bermanfaat. Insya Allah… junjung kasih Tuanku buat kurniaan dan ingatan ini. Love you so much,” tulisnya.

Selain itu, menerusi kad yang ditulis pula, Permaisuri Selangor mengucapkan terima kasih kepada Fazura yang sentiasa menjadi individu yang baik kepada baginda.

Sebelum ini, pelakon Remy Ishak dan isteri, Ezza Yusof juga mencuri tumpuan ramai apabila menerima hadiah perkahwinan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 21 Ogos lalu. – MalaysiaGazette