KUALA LUMPUR – Bukankah Muhyiddin lebih berjiwa besar jika dia tidak menerima jawatan Pengerusi MPN?, soal Datuk Mohd Puad Zakarshi.
Persoalan itu ditimbulkan beliau bagi menyanggah kenyataan Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khiruddin yang mendakwa bekas perdana menteri itu berjiwa besar kerana tidak mengambil imbuhan selepas dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, ini kerana Tan Sri Muhyiddin sudah diberi peluang selama 17 bulan sebagai perdana menteri.
Lagipun, katanya, kuasa seorang perdana menteri lebih besar daripada kuasa Pengerusi MPN namun beliau gagal.
”Sepatutnya dia tidak terima jawatan tersebut apatah lagi kalau memintanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas mengenai kenyataan Khairil Nizam juga kata tindakan Muhyiddin itu adalah sesuatu yang wajar dicontohi oleh orang lain, Mohd Puad berkata: “Sepatutnya bila sudah terbukti gagal dan terpaksa letak jawatan maka janganlah ambil balik jawatan,” ujar beliau.
Hujah Mohd Puad, apabila ketua pegawai eksekutif syarikat meletak jawatan kerana syarikat rugi, maka apakah dilantik semula untuk memulihkan prestasi syarikat.
“Maka wajarlah menteri kanan termasuk yang ada jawatan taraf menteri tidak lagi menerima jawatan menteri kerana terpalit dengan kerajaan gagal sebelum ini. Itu baru berjiwa besar namanya,” kata beliau. – MalaysiaGazette
Terima lantikan tanpa imbuhan, Muhyiddin berjiwa besar – Pemuda PAS
puad ni siapa? dengki lah tu..
PUAD NI SELAGI X DIBERIKAN JAWATAN MEMANG MACAM TU..XABIS2 XPUAS HATI MACAM DIA YG PERFECT…. ADA JAWATAN DULU LETAK JAWATAN XPUAS HATI DENGAN PIHAK ATASAN UMNO. BILA ADA PERASAAN DENGKI DAN IRI HATI MACAM NI LA JADINYA.
kegagalan setelah berusaha kpd kebaikan LEBIH MULIA berbanding kejayaan merapu adu domba dengki dendam kesumat tidak berkesudahan
si fuad ada hati nak jawatan tu….selepas GAGAL urus MASA timb Pendiidkan dan MP BATU PAHAT
Puad yg gagal dn pendengki khianat