Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

KUALA LUMPUR – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan pertandingan menulis warkah bertemakan #KitaSelangor 2021 sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64.

Pertandingan bertujuan memupuk semangat patriotik, memberi peluang golongan muda meluahkan harapan dan mempromosi PPAS sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat.

Menerusi Facebook perbadanan itu memaklumkan, penyertaan terbuka kepada dua kategori iaitu remaja berusia 15 sehingga 17 tahun (kategori A) dan belia berusia 18 sehingga 35 tahun (kategori B).

Warkah boleh dihantar melalui emel [email protected] dengan melengkapkan butiran seperti nama, nombor kad pengenalan, emel, nombor telefon dan alamat sebelum 30 September ini.

Pertandingan tersebut turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Pemenang bertuah bakal membawa pulang hadiah wang tunai.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian 013-826 0950 / 03-3216 4630 / 019-365 6586 atau layari laman web www.ppas.gov.my dan Twitter @selangorlibrary. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast