penjara
Gambar hiasan.

TAWAU – Seorang lagi banduan warga asing yang melarikan diri dari Pusat  Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Dewan Arena Belia, Jalan Utara telah ditangkap semula hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, banduan warga Filipina itu berjaya ditangkap di Batu 15 Jalan Apas selepas dua hari diburu polis.

Berkata kepada MalaysiaGazette, Peter memaklumkan banduan berkenaan kini berada di Balai Polis Daerah Tawau.

”Banduan itu ditangkap pukul 1.30 tengah hari,” katanya.

Banduan berkenaan bernama Jimnajir Annor berusia 23 tahun.

Untuk rekod, tiga banduan melarikan diri dari PKRC pukul 12.30 tengah malam pada Ahad lalu.

Banduan yang merupakan dua warga Indonesia dan seorang warga Filipina itu melarikan diri dengan mengumpil kunci dan memecahkan pintu tandas sebelum memanjat pagar di pusat kuarantin berkenaan.

Dua banduan warga Indonesia itu bagaimanapun ditangkap semula pada Isnin. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua banduan lari PKRC ditahan, satu masih diburu – Polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast