Gelagat kanak-kanak yang menerima ujian saringan Covid-19 peringkat DUN Paya Jaras secara percuma yang dilakukan oleh petugas Kesihatan Sel Care Selangor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan MBSA Seri Paya Jaras Tengah, Sungai Buloh, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 26 MEI 2021.

PUTRAJAYA – Sebanyak 35 lagi kluster baharu dikesan Kementerian Kesihatan tempoh 24 jam lalu membabitkan 1,308 kes positif hasil saringan bergejala di lapangan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 20 kluster dikenalpasti sebagai kluster di tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini.

Menurutnya, 20 kluster tempat kerja itu melaporkan sebanyak 916 kes positif manakala sebanyak 11 lagi dikesan sebagai kluster komuniti membabitkan 276 kes.

Dalam pada itu dua lagi kategori kluster baharu yang dikesan adalah Kluster Kumpulan Berisiko mencatatkan 88 kes positif.

Dua kluster pendidikan turut dikenalpasti KKM yang melibatkan 28 kes positif hasil saringan individu bersasar di lapangan iaitu Kluster Jalan SP 5/4 di Kuala Langat dan Kluster Institusi Pendidikan yang berdaftar di bawah KPM di Jalan Scientex 20 di Kulai Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menyentuh mengenai kluster Pendidikan di Kulai,  ia membabitkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang mana kes indeks membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dikesan positif Covid-19 pada 5 September lalu dan kes mula bergejala sejak 23 Ogos 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak enam kluster kerja dikesan di beberapa daerah di Kuala Langat, petaling, Klang, Sepang di Selangor.

Empat lagi kluster kerja dikesan di daerah Seberang Perai tengah, Utara dan Selatan serta Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang manakala satu di Pasar Matu, Sarawak

Tiga lagi kluster kerja (Tapak Bina Jalan Tengku Azizah, Industri Jalan Gangsa Kulai, dan Industri Jalan Johor Ayer Hitam dikesan di Johor Bahru, Kulai dan Batu Pahat.

Dua lagi kluster kerja Dah Tapak Bina Patani dan Dah Empat Industri Sungai Petani dikesan di Kuala Muda Kedah dan masing-masing satu kluster tempat kerja dikesan di Kinta Perak, Kuantan, Jempol dan Melaka Tengah.

Noor Hisham berkata, lapan kluster komuniti pula dilaporkan di daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang,Bachok dan pasir Puteh Kelantan manakala tiga lagi kluster sama dikesan msing-masing satu di Johor Bahru, Jerantut Pahang dan Pakan di Sarawak.

Dua Kumpulan Berisiko Tinggi dikesan di Jalan Chemor Estate dan Kampung Ayer Papan  di Kinta Perak yang mana membabitkan kakitangan dan penghuni-penghuni sebuah pusat jagaan dan pemulihan di Kampung Pisang Jalan Chemor Estate apabila kes indeks seorang lelaki berusia 44 tahun yang disahkan positif pada 29 Ogos lalu hasil saringan individu bergejala. – MalaysiaGazette