Gambar hiasan. foto Reuters

CALGARY, Alberta – Harga minyak jatuh dipacu oleh pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan mengenai permintaan yang lemah di AS dan Asia, walaupun gangguan pengeluaran masih berlaku di Pantai Teluk AS.

Harga minyak mentah West Texas Intermediate AS susut AS$0.94 atau 1.4% daripada harga penutupan Jumaat AS $ 68.35 setong, dan mencecah sesi rendah AS$ 67.64.

Tidak ada harga penyelesaian untuk hari Isnin kerana cuti Hari Pekerja di AS.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.53 atau 0.7% kepada AS$ 71.69 setong, selepas turun AS$0.39 pada hari Isnin.

John Saucer, Naib Presiden Pasaran Minyak Mentah di Mobius Risk Group di Houston berkata, dolar yang lebih kukuh dan langkah Arab Saudi pada hari Ahad untuk menurunkan harga jualan rasmi Oktober (OSP) menekan minyak mentah.

Dolar yang kuat menjadikan minyak lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

“Pasaran melihat perubahan harga Arab Saudi sebagai tanda permintaan Asia semakin susut dan skala pengurangannya lebih besar daripada yang dijangkakan,” kata Saucer. – Reuters