Penduduk berada di atas jalan raya di Nezahualcoyotl, Mexico, selepas gempa bumi melanda. foto Xinhua

MEXICO CITY – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh selepas gempa bumi dengan kekuatan 7.1 pada skala Richter melanda Acapulco, bandar pesisir selatan Mexico, di negeri Guerrero.

Gegaran dirasakan beratus-ratus kilometer jauhnya di ibu kota Mexico apabila bangunan bergoyang di Mexico City.

Menerusi Twitternya, Perkhidmatan Seismologi Nasional berkata, gempa berlaku pada pukul 8:47 malam waktu tempatan (0147 GMT) 11 km barat daya Acapulco, pada kedalaman 10 km. -Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast