Pemilik restoran mengikat tali kepada kerusi dan meja bagi memastikan tidak dialog oleh pelanggan Dan hanya dua orang makan di satu meja

KUANTAN – Inisiatif pemilik kedai makan mengikat tali kaki kepada dua buah kerusi bagi memastikan pelanggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di kedai makan di negeri ini wajar dicontohi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Assisten Komisioner Mohammad Noor Yusof Ali berkata, meskipun kelihatan kuno namun ia wajar dicontohi kerana pemilik berusaha memastikan agar pelanggan mengikuti peraturan ketika makan di premis tersebut.

“Kelonggaran yang diberikan kerajaan kepada individu lengkap dua dos vaksin membolehkan orang ramai makan di kedai makan.

“Saya melihat satu tindakan sangat wajar walaupun dilihat secara kampung dengan ikat tali pada kerusi dan meja makan.

“Langkah tersebut supaya pelanggan tidak mengalihkan meja, tidak dapat menarik kerusi menyebabkan tidak boleh berbual-bual, hakikat ini membuktikan pihak kedai bersungguh-sungguh memastikan pelanggan patuhi syarat.

Selain lengkap dua dos vaksin, pelanggan perlu patuhi jarak fizikal serta meja restoran, pemeriksaan suhu dan mematuhi protokol kesihatan

“Gunakan kelonggaran dan kemudahan yang diberikan ini sebaik mungkin. Jangan ambil kesempatan atau leka kepada kelonggaran yang diberikan.

“Pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan kepada pemilik premis dan orang ramai agar terus mematuhi SOP,” katanya. – MalaysiaGazette