Ch’ng Phaik Ean.

BUKIT MERTAJAM – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak enam bulan lalu.

Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dalam satu kenyataan berkata, Ch’ng Phaik Ean, 52, dilaporkan dilihat kali terakhir di rumahnya di Lorong Seri Kijang 29, Alma di sini.

“Adik mangsa membuat laporan selepas kakaknya yang berkerja sebagai akauntan di sebuah kilang tidak pulang ke rumah.

“Pengadu mendakwa mangsa tidak mempunyai sebarang masalah termasuk isu kesihatan dan ini merupakan kali kedua hebahan dibuat berhubung kehilangan mangsa,” katanya hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Dzulkarnain Bahari di talian 012 597 7124 atau 04 551 1629. – MalaysiaGazette