Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah PPN Phase 1 relaxation dine in
Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Sejumlah 22,701 kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 setakat tempoh 24 jam yang lalu, sekali gus melebihi kes jangkitan positif harian yang dilaporkan pada hari ini sebanyak 19,733 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah  kes kumulatif positif Covid-19 setakat ini adalah 1,900,467 kes.

“Jumlah kumulatif kadar sembuh setakat ini adalah 1,632, 631 atau 85.9 peratus, sementara sebanyak 248,673 kes aktif Covid-19 dilaporkan di dalam negara hari ini,” katanya.

Jumlah kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 1,299 kes yang mana 904 kes daripadanya adalah Covid-19; 395 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Menurut beliau, kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan adalah sebanyak 750 kes yang mana 430 kes daripadanya adalah Covid-19 dan 320 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Secara keseluruhannya sehingga 8 September 2021, daripada kumulatif 1,900,467 kes positif Covid-19, 1,734,088 kes atau 91.3 peratus adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksinasi manakala 1,449,632 kes atau 76.3 peratus pula adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi.

Selain itu, sebanyak 284,456 kes atau 15.0 peratus adalah terdiri daripada
mereka yang tidak lengkap divaksinasi dan hanya 166,379 kes atau 8.7 peratus daripada mereka mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

Noor Hisham menambah, daripada 19,733 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 429 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3 dan 4 dan 5 dan  19,304 kes (97.8 peratus) lagi
kategori 1 dan 2.

Situasi ini menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan juga kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.

Malah, perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi, ujar beliau. -MalaysiaGazette