KUALA LUMPUR – Video di aplikasi TikTok memaparkan pelakon Ruhainies yang kelihatan gembira menari untuk mempromosikan produk yang kini menjadi perbualan netizen.

Ini kerana seluar yang dipakai oleh pelakon itu dilihat menyerupai warna kulit.

Penampilan Ruhainies menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menegur cara pemakaian pelakon itu.

Malah, ada netizen meluahkan rasa segan melihat pakaian pelakon itu.

Tidak kurang juga ada yang menyangka pelakon itu tidak berseluar.

“Terkejut aku, ingatkan dia tidak pakai seluar,” komen seorang pengguna.

“Dia yang pakai, aku yang segan nak tengok,” tegur seorang lagi netizen.

Sementara itu, rata-rata netizen menitipkan nasihat supaya Ruhainies lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian bimbang jatuh fitnah buat mereka yang memandang. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.