PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pemandu treler membawa muatan gula maut selepas kenderaan itu terbabas dan melanggar tebing bukit di kilometer 43.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian berlaku pada 4 pagi tadi dan mangsa Mohamad Rahiziikmal Mohamad Her, 27, maut di tempat kejadian.

“Treler itu dipercayai dari kilang gula di Shah Alam, Selangor menuju ke Kuantan, namun hilang kawalan semasa melalui selekoh menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kiri jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaiham berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast