TANGGAL 16 Ogos 2021, Malaysia sekali lagi melakar sejarah tersendiri dalam arena politik yang menyaksikan Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri keโ8 dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Terdahulu, awal Februari 2020, Tun Mahathir melakukan tindakan yang sama. Persoalannya, apakah selepas ini negara akan berhadapan dengan sketsa politik dengan skrip yang sama? Atau sebenarnya boleh kita sifatkan tindakan pemimpin tertinggi melepaskan jawatan sebagai perdana menteri sebagai langkah menghidupkan sistem demokrasi yang menjadi acuan politik negara?
Apapun yang berlaku, segalanya akan tercatat dalam lembaran sejarah negara Malaysia yang merdeka. Mengamati kemelut politik ini, ia adalah satu bentuk kerugian besar sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat. Impaknya sudah tentu kepada kestabilan negara khususnya dari sudut ekonomi. Malah dalam tempoh genting seperti ini, semua pihak dalam kalangan pemimpin sepatutnya bersatu hati dengan mengenepikan cita-cita politik.
Sewajarnya, matlamat keluar dari kemelut wabak menjadi titik kebersamaan yang mampan dalam merangka sebarang polisi dan tindakan daripada pihak kerajaan. Sementera, pihak pembangkang perlu memainkan peranan semak dan imbang dengan penghujahan matang. Malangnya, sidang Parlimen yang lalu, rentak mesyuarat tidak berubah dengan dipenuhi provokasi.
Menyelesaikan kemelut ini, negara memerlukan pemimpin yang berjiwa Rabbani
dengan mengenepikan segala kepentingan peribadi yang membantutkan pembangunan
negara. Dari segi konsep, Rabbani ialah tujuan dan jalan yang jelas istiqamah mengikut
perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW, menjauhi segala perbuatan bidโah dan
sesat samada dalam perbuatan mahupun iโtiqat.
Apabila dikatakan insan Rabbani, perwatakan golongan ini mestilah memiliki ciri-ciri berilmu, memperhambakan dirinya kepada Maha Pencipta serta bersifat zuhud. Dalam maksud yang lebih mudah, insan Rabbani merupakan individu yang telah diasuh dengan sifat yang baik dan terpuji sebagaimana dikehendaki oleh Allah SWT.
Dari satu segi, istilah Rabbani ini bukan sebuah istilah baharu. Ia telah diwacanakan
oleh sarjana Islam seperti Saโid Hawwa, Hassan al-Banna, Abdul Rahman Hassan
Habannakah dan Yusuf al-Qaradawi. Hal ini bermaksud, dasar ini mempunyai penjelasan
lanjut melalui wacana para ulama setelah ianya dinyatakan dalam nas syarak dalam beberapa ayat antaranya:
ู
ูุง ููุงูู ููุจูุดูุฑู ุฃูู ููุคูุชููููู ุงูููููู ุงููููุชูุงุจู ููุงููุญูููู
ู ููุงููููุจููููุฉู ุซูู
ูู ููููููู ููููููุงุณู ููููููุง ุนูุจูุงุฏูุง ูููู ู
ูู ุฏูููู ุงูููููู ูููููฐููู ููููููุง ุฑูุจููุงูููููููู ุจูู
ูุง ูููุชูู
ู
ุชูุนููููู
ูููู ุงููููุชูุงุจู ููุจูู
ูุง ูููุชูู
ู ุชูุฏูุฑูุณูููู
Terjemahan: Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab
agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orangย ramai: โHendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah.โ Tetapi (sewajarnya ia berkata): โHendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah Taala – Dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.ย (al-Imran 3:79)
ููููููุง ููููููุงููู
ู ุงูุฑููุจููุงูููููููู ููุงููุฃูุญูุจูุงุฑู ุนูู ููููููููู
ู ุงููุฅูุซูู
ู ููุฃูููููููู
ู ุงูุณููุญูุชู ููุจูุฆูุณู ู
ูุง ููุงูููุง ููุตูููุนูููู
Terjemahan: Alangkah baiknya kalau ketua-ketua agama dan pendeta-pendeta mereka
melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram?
Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. (al-Maidah 5:63) Berdasarkan dua potongan ayat di atas, dapat dirumuskan bahawa insan Rabbani mempunyai beberapa ciri penting iaitu semangat mempelajari ilmu, beramal dengan ilmu, menyampaikan ilmu tersebut serta melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
Memahami hakikat Rabbani dalam konteks seorang pemimpin, hala tuju perjalanan
negara perlu berpaksikan perintah Allah SWT, mendaulatkan syiar agama dan syariatnya
serta memastikan kemaslahatan rakyat benar-benar terjaga seiring dengan tuntutan syariah. Apabila disebutkan syariat agama, maka ia meliputi pelbagai nilai-nilai tunjang dengan diistilahkan juga sebagai maqasid al-shariโah al-โammah seperti keadilan, solidariti, keamanan, kemanusiaan dan hak-hak insan. Namun kesemua maqasid ini perlu dijelaskan dalam kerangka falsafah Islam yang tulen.
Jawatan sebagai seorang pemimpin adalah amanah berat yang perlu ditunaikan secara
adil dan bijaksana. Segalanya akan dipersoalkan di hari akhirat kelak. Sebab itu, kita perlu jelas bahawa gelaran pemimpin bukanlah satu kebanggaan. Ini bermaksud, tidak semua pihak mempunyai kelayakan untuk memimpin kerana ia suatu bidang yang daqiq (mendalam) dalam mengatur pentadbiran antara manusia yang kompleks. Lantaran itu, Islam menegah golongan yang meminta-minta jawatan.
ุฅูุง ูุงููู ูุง ูููููู ูุฐุง ุงูุนู
ู ุฃุญุฏุงู ุณุฃููุ ุฃู ุฃุญุฏุงู ุญุฑุต ุนููู. ู
ุชูู ุนููู
Terjemahan: โSesungguhnya demi Allah kami tidak akan memberi jawatan pemimpin
kepada seorang yang memintanya atau terlalu berkeinginan memegangnya.โ
Hadis di atas menjelaskan keadaan payah seseorang yang meminta-minta jawatan. Dalam hadis yang lain, Allah SWT memberi ancaman kepada pemimpin yang melanggar amanah misalnya:ย ู
ุง ู
ู ุนุจุฏ ูุณุชุฑุนูู ุงููู ุฑุนูุฉุ ูู
ูุช ููู
ูู
ูุช ููู ุบุงุด ูุฑุนูุชูุ ุฅูุง ุญุฑู
ุงููู ุนููู ุงูุฌูุฉ
Terjemahan: Tiada seorang yang diberikana amanah oleh Allah SWT sebagai memimpin
kemudian saat kematiannya dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan pasti Allah SWT mengharamkan baginya syurga.
Hadis ini dapat menjelaskan bahawa keadaan kepemimpinan yang tidak melaksanakan
amanah dengan jujur, maka di hari akhirat kelak akan diberi balasan setimpalnya. Berdasarkan dua buah hadis yang disebutkan, dapat disimpulkan bahawa amanah dalam
lapangan kepemimpinan adalah berat dan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tiada kelayakan.
Lantaran itu, negara kini memerlukan kepada barisan pemimpin yang berjiwa
Rabbani sebagai landasan dan acuan penting dalam menghapuskan nilai-nilai negatif seperti tamakkan kuasa, pentingkan diri, perjuangan untuk kesenangan peribadi, hilang integriti, amalan rasuah politik dan seumpamanya. Elemen-elemen negatif inilah yang telah melambatkan kemajuan negara merdeka, Malaysia.
Kita berharapkan kepimpinan yang akan dibentuk meneraju negara selepas ini benar-benar menghayati nilai Rabbani demi memastikan negara diberkati sebagaimana dapat difahami dalam slogan โBaldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafurโ. Justeru, sebagai rakyat yang cintakan tanah air, ayuh panjatkan doa dengan harapan Allah SWT mentaklifkan kepimpinan negara kepada mereka yang selayaknya. Wallahuโalam.
Oleh: Dr. Muhammad Safwan Harun
Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, UM
Dr. Muhammad Ikhlas Rosele
Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, UM
















