Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Usul pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan dilakukan selepas sesi pertanyaan lisan selesai pada hari Selasa ini.

Sumber berkata, usul pemilihan itu sudah pun dimasukkan dalam aturan mesyuarat.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 bermula Isnin ini hingga 12 Oktober depan selama 17 hari.

Pemilihan jawatan itu dibuat selepas Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengosong jawatan tersebut.

”Mengikut aturan, pemilihan timbalan (Speaker) dilakukan seperti pemilihan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, yang mana undian akan dilakukan jika terdapat lebih daripada satu pencalonan,” ujarnya ketika dihubungi di sini.

Setakat ini hanya terdapat dua pencalonan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian yang juga Setiausaha Agung UMNO.

Kor Ming pula Ahli Parlimen Teluk Intan sebelum ini pernah menjadi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara ketika Pakatan Harapan memerintah.- MalaysiaGazette