Credit FB Jabatan Imigresen Malaysia

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengawal rusuhan membabitkan 400 tahanan warganegara Filipina di Depoh Tahanan Imigresen (DTI), di sini awal pagi ini.

Timbalan Pengarah JIM Sabah (Operasi) Masri Adul berkata dalam kejadian pada 6.30 pagi itu, kumpulan tahanan tersebut dipercayai tidak berpuas hati kerana proses penghantaran pulang ke negara asal mereka tertangguh.

Beliau berkata siasatan awal mendapati insiden bermula dari blok tahanan wanita yang penghuninya mendakwa terlalu tertekan dan meminta supaya segera dihantar pulang ke negara asal.

“Ia didengari penghuni blok tahanan lelaki yang terletak berhadapan blok wanita sehingga mencetuskan rusuhan kecil. Penghuni blok lelaki kemudiannya bertindak merosakkan kunci mangga pintu lokap dan terus keluar ke kawasan lokap,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Namun penghuni berkenaan tidak berjaya keluar dari kawasan lokap dan pihak DTI yang menyedari kejadian itu terus menghubungi polis dan Ibu Pejabat Imigresen negeri bagi mendapatkan bantuan.

Masri berkata 70 anggota polis bersama pegawai serta 40 anggota bahagian penguatkuasaan JIM dikerah ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Beliau berkata rundingan bersama tahanan diadakan hampir sejam bagi menjelaskan punca proses penghantaran ditangguhkan iaitu atas permintaan pihak kedutaan Filipina sendiri disebabkan beberapa perkara termasuk berkaitan penularan pandemik COVID-19.

“Pasukan polis menempatkan 30 anggota di DTI untuk tempoh beberapa hari lagi bagi memantau keadaan dan tiada kerosakan teruk berlaku dalam insiden ini,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pelarian dan pati lebih layak dapat kerakyatan Malaysia susulan para talibarut dan tentera PKM yang ditubuhkan dan dibiayai oleh Tanah Besar Komunis Cina pun dapat kerakyatan tempatan Keluarga Malaysia negara kecil sekangkang kera ini kononnya macam adik-beradik, kan?
    Beri visas cukuplah toleransi di antara penduduk berbilang kaum dan rakyat etmik tempatan okay.

Comments are closed.