Pelakon, Zul Ariffin memperagakan busana di karpet merah pada Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32 (ABPBH32) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Zul Ariffin membuat keputusan yang mengejutkan apabila menarik dari daripada dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH 34).

Berita itu telah dimaklumkan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

“Bismillah, assalamualaikum semua. Kepada semua peminat-peminat yang sentiasa menyokong kerjaya saya, Alhamdulillah…

“Di sini saya nak beritahu dan umunkan yang saya dah tarik diri daripada semua pencalonan #ABPBH34, dan saya dah hubungi pihak BH. Kepada semua calon-calon, I wish you all the best,” katanya.

Mengikut senarai awal yang dikeluarkan, pelakon berkenaan tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular.

Malam kemuncak ABPBH 34 akan berlangsung pada 13 November ini dengan mempertandingkan 14 kategori utama dan enam kategori online. – MalaysiaGazette