Polis kompaun pengunjung pusat hiburan di Taman Mutiara, Bukit Mertajam di sini semalam.

SEBERANG PERAI – Tindakan 33 individu melepaskan gian berhibur di pusat hiburan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara membawa padah selepas kesemua mereka ditahan polis semalam.

Bertindak atas maklumat dan risikan sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah menyerbu premis di Taman Mutiara, Bukit Mertajam di sini pada jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, hasil pemeriksaan mendapati 33 individu termasuk enam wanita sedang leka berhibur.

Shafee.

“Selain pelanggan, pihak polis turut menahan seorang wanita yang merupakan penjaga premis.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia 20an hingga 40 tahun itu semua merupakan warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Shafee, kesemua ditahan kerana terubat dalam aktiviti yang tidak dibenarkan selain pengunjung berada dalam pris tanpa penjarakkan fizikal.

34 individu termasuk seorang penjaga premis dikompaun.

“Kesemua mereka didapati melanggar Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Kawalan Peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2021.

“Pihak polis mengeluarkan kompaun terhadap setiap seorang mereka namun nilai kompaun itu ditentukan oleh pihak Kementerian Kesihatan,” ujar Shafee. – MalaysiaGazette